Isnin, 25 Januari 2010

Bukan Perkara Mudah Menentang Johor

Kelantan akan bertemu Johor pada malam ini jam 8.45.Kelantan tidak berada di tahap selesa kerana Johor pernah mengalahkan Kelantan di Piala FA musim lalu.Namun,The Red Warriors berkemampuan untuk menundukkan lawan.Peter Butler mengingatkan anak buahnya supaya berwaspada untuk pertemuan malam ini kerana edisi lalu Johor telah menundukkan kita 5-4 (Penalti) selepas seri 2-2.Kali ini lawan sama menanti kita.Skuad Johor dibarisi bekas pemain Kelantan iaitu Sairozi Daud dan Hardi Ahmad.Kedua-duanya di barisan hadapan.Semuanya akan terjawab malam ini.Pastinya beribu-ribu penyokong akan datang untuk memberi semangat untuk skuad kijang.Majulah Sukan Bolasepak Kelantan